Jumaat, Februari 15, 2013

Dua Tiga Noda

Persembahkan
dua tiga layang
tayang percuma
maruah di badan

Alur melebar getik diraih
jaguh mengayak berahi dijulang

Dua tiga kali dipelawa naik
dua tiga kali ditolak takut sakit
senyap-senyap simpan hasrat
larut malam sendiri berbuat birat

Sial kini menyiat-nyiat tubuh yang kini mula terpalit dosa birat

Sakit itu jika dilayan bisa menelanjangkan.

***

Menjadi manusia yang paling murah harganya di sisi manusia dan hina di sisi tuhan adalah penganiayaan terhadap diri yang paling kejam kau pernah lakukan.

2 ulasan:

  1. Dah lama kau tak menulis puisi dekat sini.

    BalasPadam
  2. iya. lama sangat aku hilang jiwa. hahaha

    BalasPadam