Khamis, Mei 03, 2012

Kebetulan itu tidak dijemput

Tidak semena-mena menyerbu rasa rindu akan susuk tubuhmu itu,
tidak semena-mena kita telah bertemu.
Kebetulan.

Tidak semena-mena kita yang tidak pernah bersapa ku angankan bergaul mesra,
Tidak semena-mena kau melintas di hadapanku.
Kebetulan.

Tidak semena-mena kau muncul dalam mimpi tidur malamku,
Tidak semena-mena keesokan harinya kau hadir dalam realiti siangku.
Kebetulan.

Tidak semena-mena aku dengan rasa sunyi ingin menyepikan diri,
Tidak semena-mena kau datang menyapa dan ajak berdamping denganmu.
Kebetulan.

Tidak semena-mena aku lapar memuncak-muncak,
Tidak semena-mena kau pulang bersama menu yang aku idamkan.
Kebetulan.

Tidak semena-mena aku nanar, hilang punca dan penuh keluh kesah,
Tidak semena-mena kau titipkan pertolongan tanpa aku ajukan permintaan.
Kebetulan.

Kebetulan itu ternyata tidak pernah dijemput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan