Rabu, Julai 14, 2010

Jawapan

Sayanglah,
kalau aku yang kau panggil teman rapat
akhir sekali mendapat jawapan.

Panggilan, sms dan apa entah seterunya
yang dikaitkan dengan lelaki
apatah lagi cinta-cinta konon romeo dan juliet
itu yang kau utamakan

aku
cuma tinggal di belakang-belakang
menagih sisa kebahagian

Cukuplah,
kadang aku rasa kau terlalu berangan dengan paksi indah harian
siapa aku yang boleh membuai perasaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan