Selasa, Februari 23, 2010

bukan puisi-01

kembali mengambil mood yang hilang
kau tahu
perempuan ini
ketika datang bulan
terlalu sensitif
semut menggigit pun dicelakakan
terlanggar bahu sedikitpun aku babikan

payah
aku cuba sabar
emosi kadang melebih-lebih
perkara kecil aku beratkan
orang bersuara kecil aku melantang
susah senang aku cuma bawa diam
pandang bawah
mata diam
hati senang
orang panggil
aku senyum
ikhlas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan