Rabu, Januari 20, 2010

malam itu

malam itu
tidak lena tidurnya.
mata bagaikan ditongkat kayu pacak
yang dikuis luka
yang dibiar lara.

Satu persatu dilayarkan,
hari semalam,
hari kelmarin,
hari esok,
hari lusa,
hari tulat,
hari akhirat.

Mata itu semakin penat,
diulit keasyikan,
dibantai penodaian.

Biarkan mata itu ditutup.
Kejap.

Biarkan mata itu dibuka.
Kuat.

Lihat,
dunia ini
masih tersenyum kepada kita.

Jangan gerun,
buka kaki
lari
laju-laju,
Rasakan biasan angin
yang masih menghargai.
Hirup,
jangan lepaskan.
Dengar,
jangan hilangkan.

Adakah kamu puas?
Ya,
Tidak?

Nanti dulu,
dengar satu bisikan,
cam ia nafsu atau godaan.

2 ulasan:

  1. glad to see u do write.
    i'll link urs.

    thanks for kaitbahasalangit kat sebelah. =)

    BalasPadam
  2. haha. budak biasa je ni. tulis pun segan-segan.

    BalasPadam