Sabtu, Januari 02, 2010

bermula musim itu

Hari esok juga seterusnya
maafkan aku
jika tak membalas;
segala panggilan
segala pesanan.
Aku mungkin sibuk kawan
aku tidak mahu jadi perlahan
aku sibuk mengejar pelajaran.
Tunggu,
sampai bila
sampai aku hadir di depan rumahmu
membawa sehelai kertas
yang boleh membanggakan.
Saat itu kita boleh berjalan seiringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan